Bonjour!

Welcome and feel free to read the tales of my life. Glad if you could drop some words in my cbox. Love ya!
  • Best view in Google Chrome
  • Leave your footprint <3
  • The Blogger Mood
    I'm back babehhh!


Navigations



Talk to me

Cbox'); cboxwin.document.write(''); cboxwin.document.write(''); cboxwin.document.write(''); cboxwin.document.write('Cbox needs frames!'); try { x = screen.width; y = screen.height; cboxwin.moveTo(Math.max((x/2)-350, 0), Math.max((y/3)-500)); } catch (e) {}; } Come and have a talk here!
The Masterminds

Design: Raudah Nor
Header: Photoshop
Other: ♬ ♬
Sunday, 25 December 2011 • 22:32

Assalamualaikum,

Semalam saya pergi ke RedBox. Buat apa? Karoke lah!! Woot! Best gilaaa.. Pergi dengan cousins, sebab esok harinya dia orang nak balik KL dah..

Tapi mak tak kasi bawa phone and iPod Touch :( Sebab takut hilang. Kalau boleh bawa, bolehlah saya post gambar-gambar semasa saya dekat sana..

Malangnya, anda tidak bolehlah tengok gambaran situasi dekat sana. Macam zoo.. Semua lepaskan perangai gila. Hee~ Saya pun apa kurangnya, terpekik telolong dibuatnya..

First song Siapa yang nyanyi? Teka siapa? Teka siapa? Yeahh.. SAYA!! Dengan suara sumbangnya saya telah menyanyi lagu Who Says yang telah dipilih oleh semua sedara saya.

Selepas itu, saya dan semua sedara saya nyanyi lagu Pumped Up Kicks secara beramai-ramai. Ada nyanyi lagu lama, macam-macam lagilah lagu yang pelik semua keluar dari mulut masing-masing..

Asyik menyanyi, tetiba seorang pekerja di RedBox masuk ke dalam bilik no 1, iaitu bilik kami, beserta dengan sedulang cawan yang berisi dengan air berkarbonat. Hehe..

Penat lelah setelah menghabiskan suara yang 'merdu'.. Hirup sedikit air yang telah dihidangkan.. Kemudian, kembali memekik di dalam bilik karoke kami.. Memekik telolong, berjoget sana sini, bergelek sana sini, seorang chef pula masuk ke dalam bilik karoke kami.

Beliau mengumumkan bahawa makanan malam buta telah siap di luar.. Kami pun meluru ke luar, ambil pinggan, pilih makanan yang kami mahu dan letakkannya atas pinggan.

Kemudian, kembali ke bilik karoke kami.. Tik tok, tik tok.. Jam senantiasa
bergerak meninggalkan masa yang lalu.. Masa yang lalu disimpan dalam memori.. Dikategorikan dalam kategori kenangan terindah.. Amboii saya membebel.. Haha.

Kami pun, makan sambil berkaroke.. Jam pun sudah pukul 2.25 pagi.. RedBox ditutup pada pukul 3 pagi.. Sedara saya pun memilih lagu 25 minutes.. Saya pun cakap, "We have 25 minutes left, as well!"

Semua terkejut.. Tak sedar pula dah nak habis masa.. Cepat-cepat pilih lagu, nyanyi.. Dah nyanyi, tinggal 5 minit sahaja lagi. Nak pilih satu lagu lagi, tetiba dah tak boleh nak pilih lagu.. Screen dah paparkan 'Goodbye! Selamat tinggal!'

Kacau line lah! Habiskan air, ambil semula barang yang dibawa, keluar dari bilik, dan kami adalah orang yang terakhir yang keluar.. Wee!

Dan.. Kami ada dapat free Santa Claus punya topi, beserta dengan party pack.. Best nya!!! Ambil gambar ramai-ramai dan pulang.. Gambarnya kenapa tak post? Gambarnya dalam iPod Touch sedara saya! Macam mana nak post? Terhingin nak tengok gambarnya? Not your lucky day, sayang oii.. Ampun maaflah sangat..

Itu sahajalah cerita yang mahu dikongsikan hari ini. Sekian. :)

Labels: